JellyPages.com

Thursday, 20 October 2011

Teman Sejati

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini pada Ilahi
Teman yang dicari selama ini

Telah ku temui....




sentuhan nurani

terasa pulak nak baca cerpen secara online melalui penulisan2u. seronok membaca...cerpen-cerpen yang disiarkan sangat menarik. gaya penceritaan yang sangat teratur dan tak bosan pun.. bila baca-baca cerpen ni, terasa release skit teksen dan serabut kepala ni...emm..sebab tu membaca boleh dijadikan hobi masa lapang..tapi tengah lapang ke?sekadar nak hilangkan rasa tekanan yang melanda..adios..

Tuesday, 18 October 2011

Perkongsian rasa

Mana satu kawan atau lawan?

Kadang-kadang, lawan boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi lawan..Pernah dengar ungkapan macam tu? Seperti pepatah berkata, " Berkawan biar beribu". Tapi nak berkawan pun kena pandai pilih...
Macam zaman sekarang ni, walaupun kawan baik sendiri, kena berhati-hati. Jika tidak, tak adalah ungkapan "kawan makan kawan"
Kenapa aku kata macam tu? Aku saja ingin berkongsi rasa.. Sebab banyak mana pun kawan kita, biarlah kawan yang sanggup bersusah dan senang bersama kita...
Kawan-kawan yang aku sayang dari sekolah menengah hinggalah sekarang (Along, Angah, Ariey, Alin dan Linda). Ariey dan Angah dah jadi nurse.. Alin bekerja di KL, Linda dengarnya ada di Langkawi...Tetapi mana menghilangnya Along..dah lama aku tak dengar khabar berita.
Rindu rasanya zaman persekolahan dulu..Mengharungi zaman remaja yang terindah..Sebab tu aku selalu pesan pada pelajarku supaya hargai zaman remaja yang ada sebab waktu tidak akan berpatah balik..Jangan sia-siakan dengan melakukan perkara yang tak berfaedah.
Tu cerita zaman persekolahan..
Ni cerita zaman Universiti..rakan-rakan tersayang (Ba, Am, Joey,Pida dan Wida). Masing-masing dah berumahtangga kecuali kawan aku yang bernama Joey..Bila tah dia nak menamatkan zaman bujangnya. Bila teringat diorang, rasa nak berpatah balik ke zaman belajar dulu-dulu..indah sangat-sangat..Tapi masa tu memang takkan dapat berpatah balik..Jadi, aku harap remaja-remaja yang ada sekarang ni supaya menghargai masa remaja mereka. Jadikan zaman remaja itu sesuatu yang paling indah dalam hidup..

Seindah rasa

Apakah hasil usaha kita diterima oleh Allah jika kita sering melihat keburukan orang lain/kelemahan orang lain yang tidak setanding dengan hasil usaha kita. Pernah kah kita melakukan sesuatu perkara itu dengan hati yang ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit. Pada aku setiap individu mempunyai pendirian yang prinsip yang berbeza. Jadi, jika hari ini kita ingin melakukan sesuatu yang lain dari yang lain. Lakukan dengan seikhlas hati..

Allah sahaja yang dapat menilai setakat mana keikhlasan seseorang individu melaksanakan amanah yang diberikan. Jadi, jika kita merasakan ingin melakukan sesuatu yang orang lain tidak mahu lakukan...Just Do it..

Salam Ukhuwah

Tiba-tiba hati ingin menggunakan wadah ini sebagai pencetus idea ataupun berkongsi pendapat dengan kawan-kawan..Terasa seronok bila membaca blog-blog yang sedia ada.. Seakan timbul idea untuk melakarkan rasa, mencurahkan idea..