JellyPages.com

Sunday 7 April 2013

Jalan-jalan ke Kuching

Cuti sekolah bulan 3 baru-baru, aku dan suami mengambil kesempatan untuk bercuti. Plan yang asal nak pergi bercuti ke Medan. Cari-cari tiket melalui Airasia (penerbangan dari Penang), amatlah mahal dan rasanya macam tak berbaloi je..Projek jalan-jalan ni dirancang bersama-sama kawan baikku sendiri dan akhirnya kami memilih untuk pergi ke Kuching saja sebab tiket agak murah. Tapi nak dijadikan cerita, masa membeli tiket tu tak sekali sebab bila aku cuba masukkan untuk 4 dewasa dan 3 kanak-kanak, harganya menjadi tinggi melambung. Aku cuba masuk untuk 2orang kerana mengharapkan selepas proses pembelian tiket untuk aku dan suami selesai, aku akan cuba untuk kawanku pula. Tapi mungkin rezeki nak jalan sama-sama tak ada, selepas aku selesai membeli tiket, apabila aku cuba masuk semula, harga tiket dah jadi mahal balik...
Emm..apa nak buat, Air Asia memang mcm tu..Redha jelah..he..he..

Akhirnya aku dan suami berlepas ke Kuching pada 26/3/2013 (jam 7.00 pagi dari Penang). Awal-awal lagi kami dah bertolak dari rumah. Tapi, mungkin nak dijadikan nasib aku kot, aku sakit tekak dan sakit gusi sehari sebelum bertolak. Aku sangat-sangat tak seronok sebab ini kali kedua aku sakit apabila nak pi berjalan. Kali pertama dulu masa nak pergi ke Genting Highlands..Memang sangat-sangat tak seronok. Habis mood aku nak berjalan.. Jadi, aku kena jugak beli ubat sakit tekak dan sakit gusi setibanya di Kuching. Mujurlah aku dan suami dah tempah pengangkutan awal-awal lagi. Jadi, dah ada orang tunggu kami di Airport. Suaminya kata lebih baik guna driver je sbb masa nilah nak rehat-rehat dan menikmati pemandangan yang ada di Kuching ni. 

Dan aku, setelah makan tengahari dan makan ubat, terus mata tak boleh nak buka lagi. Akhirnya aku lena sepanjang jalan nak ke Kampung Budaya. Setibanya di Kampung Budaya, suami yang kasihan dengan aku pun tanya, " Nak masuk tak Kg Budaya? Larat tak? Aku dalam keadaan mamai tak boleh nak kata apa-apa dan suami aku pun mengajak untuk balik ke hotel dan rehat. Mujur pemandu tu memahami dan kami bercadang untuk pergi keesokannya ke Kg Budaya (entah jadi entah tak). Kami dan janji dengan pemandu (Kak Tijah) untuk keluar semula dalam pukul 5 petang. Dan masuk je dalam hotel, aku terus rebah tak sedarkan diri..ha..ha..dahsyat betul penangan ubat sakit gusi tu..


Masa tiba mula-mula pi muzium dulu. Tu muka sakit dan muka takde mood

                      Di depan Waterfront

               Dewan Undangan Negeri

 Suasana masa naik bot di Jeti Waterfront. Lebih kurang cam Rivercruise Melaka je



  Di Semenggoh, nak tengok Orang Utan nama Charlie.  Tapi depa tak mau keluaq



                   Ini di Jong Crocodile




 Ini gambar-gambar di Muzium Kuching










Kalau pi Kuching tak sah kalau tak tangkap gambar di sini


Kami dah tempah hotel Harbour View (seperti gambar di bawah) untuk 2 malam. Tapi kami terpaksa check out pada hari kedua sebabnya tak selesa. keadaan bilik memang ok tapi bila bab bilik air, bagi kami, memang kami tak selesa sebab bilik airnya tak ada paip. Aku dah bertambah lagi hilang mood bila keadaan macam ni. Suami buat keputusan nak pi tanya Hotel Hilton je memandangkan hotel tu berdekatan dengan Main Bazar.


Kami terpaksa ambil juga hotel ni (seperti gmbar di bawah) walaupun harganya mahal. Mujurlah aku gunakan kad government tu. Dapatlah murah skit. Tu pun RM230 ++. Hotel memang best tapi wi-fi pulak tak ada dalam bilik. Hanya ada di Lobi sahaja. Aduh..Apo nak Buek..Tengok TV jelah sebab takleh nak online. Takde maknanya bawa Galaxy Tab tu kalau takleh nak online..Hampeh


Sempat lagi minta pramugara tu tangkap gambar kami berdua. Bukan apa, gambar kami berdua jarang ada. Tu yang mengada-ngada skit..ha..ha..Ni dalam flight masa nak balik dah. Masa balik ok skit sebab aku pilih suruh sorang passenger tu dok tempat dia sendiri, tu di tepi tingkap tu, sbb masa mula-mula tu aku bg peluang sorang passenger tu dok kat tmpt aku dan aku dok tepi tingkap tapi hanya Allah je yang tahu, aku smpi rs nak muntah dan teramat sempit, sampaikan aku asyik tengok jam...agak-agak bila nak smpi..Dan bila flight attendance tu bgtau sila pakai tali pinggang keledar tuan/puan kerana kita akan mendarat sebentar lagi...WOW, aku rasa amat bahagia..ha..



Bercuti ke Cameroon Highlands 2013

Rasanya dah lama aku biarkan blog ni bersawang..Bukan apa, terlalu sibuk dengan urusan kerja dan tugas sebagai seorang isteri yang berkerjaya.

Untuk kali ini, aku nak ceritakan tentang percutian kami berdua (of course aku dengan suami aku le), sapa lagi kan?

Sejak berkahwin dari tahun 2010, aku dan suami belum lagi berkesempatan untuk pergi ke cameron highlands berdua walaupun tempat tu bukannya jauh mana pun dari tempat tinggal kami. Ala..perak dengan sempadan pahang je..Tapi disebabkan kekangan masa suamiku, maka barulah tahun ni berpeluang nak ke Cameron Highlands.

Sebenarnya aku bukannya tak pernah pergi ke Cameron Highlands tapi pergi tu dengan rombongan sekolah, bawa pelajar je..Jadi, feel nya hanya feel gi jalan ngan budak-budaklah. ha..ha..

Tapi pegi berjalan dengan suami ni lain, masa nilah nak minta suami belikan tu dan belikan ini. Jimat duit aku..ha..ha..

                                   Nilah suamiku (bergambar di Bharat Tea Plantation)

Kami menginap di Villa Dahlia Apartment dengan harga RM250 semalam untuk 3 bilik. Tapi yang tak bestnya, di situ takde heater. Airnya teramatlah sejuk dan rasa-rasa seperti tak mahu mandi. Tapi memikirkan nnti kot-kot demam pulak, maka terpaksalah juga mandi. Apa nak dikata...Masa dah check in tetiba terfikir napelah aku tak try nasib di Rumah Peranginan Persekutuan. Manalah tahu kot-kot ada rezeki, dapat bilik situ dengan harga yang murah. Menyesal pun ada..

                                                    Juga di Bharat Tea Plantation

                                                       Ini Qaseh..anak kawan kami


                             
  

 
Ini juga di MARDI. Suasana dah tak macam dulu. Tapi tak taulah kot sebab masih dalam pukul 9 lebih, suasana nya lengang lagi


Setakat ini story tentang cuti-cuti di Cameron Highlands sebabnya gambar tak berapa banyak sebab sibuk nak berjalan je...

Tuesday 31 July 2012

Mak!

sudah hampir 2 tahun lebih pemergian emak, aku masih merasakan macam baru semalam aku kehilangannya. di bulan ramadhan ini, hati aku teramat sayu apabila mengenangkan emak. teringat kenangan dan nostalgia bersama emak sejak aku kecil hinggalah dewasa.
aku sentiasa merindui emak tak mengira masa. kasih sayang mak terlalu dalam untuk anak-anaknya.
semoga emak dilindungi dan dirahmati allah di alam sana. hanya doa mengiringi kasih sayangku terhadap mak. kalau mak masih ada, ingin aku bisikkan hari-hari padanya yang aku teramat menyayanginya.
bagi mereka yang masih mepunyai ibubapa, hargailah mereka seadanya. jangan dihantar ke rumah orang tua atau ditinggalkan di tepi jalan sebagaimana yang sering berlaku hari ini. ibubapa kita hanya ada satu sahaja, tak kan dapat ditukar ganti.


Thursday 19 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah.. tahun nie masih dapat menjalani ibadah puasa lagi. bermakna dua tahun jugalah aku berpuasa bersama suami dan dua tahun jugalah berpuasa tanpa ibu tersayang..
semoga puasa kali nie lebih bertambah ibadah dan pahala. amin..
rindu..sememangnya aku teramat rindukan mak..tambah pula dibulan puasa nie, teringat masakan mak..

Thursday 20 October 2011

Teman Sejati

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini pada Ilahi
Teman yang dicari selama ini

Telah ku temui....




sentuhan nurani

terasa pulak nak baca cerpen secara online melalui penulisan2u. seronok membaca...cerpen-cerpen yang disiarkan sangat menarik. gaya penceritaan yang sangat teratur dan tak bosan pun.. bila baca-baca cerpen ni, terasa release skit teksen dan serabut kepala ni...emm..sebab tu membaca boleh dijadikan hobi masa lapang..tapi tengah lapang ke?sekadar nak hilangkan rasa tekanan yang melanda..adios..

Tuesday 18 October 2011

Perkongsian rasa

Mana satu kawan atau lawan?

Kadang-kadang, lawan boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi lawan..Pernah dengar ungkapan macam tu? Seperti pepatah berkata, " Berkawan biar beribu". Tapi nak berkawan pun kena pandai pilih...
Macam zaman sekarang ni, walaupun kawan baik sendiri, kena berhati-hati. Jika tidak, tak adalah ungkapan "kawan makan kawan"
Kenapa aku kata macam tu? Aku saja ingin berkongsi rasa.. Sebab banyak mana pun kawan kita, biarlah kawan yang sanggup bersusah dan senang bersama kita...
Kawan-kawan yang aku sayang dari sekolah menengah hinggalah sekarang (Along, Angah, Ariey, Alin dan Linda). Ariey dan Angah dah jadi nurse.. Alin bekerja di KL, Linda dengarnya ada di Langkawi...Tetapi mana menghilangnya Along..dah lama aku tak dengar khabar berita.
Rindu rasanya zaman persekolahan dulu..Mengharungi zaman remaja yang terindah..Sebab tu aku selalu pesan pada pelajarku supaya hargai zaman remaja yang ada sebab waktu tidak akan berpatah balik..Jangan sia-siakan dengan melakukan perkara yang tak berfaedah.
Tu cerita zaman persekolahan..
Ni cerita zaman Universiti..rakan-rakan tersayang (Ba, Am, Joey,Pida dan Wida). Masing-masing dah berumahtangga kecuali kawan aku yang bernama Joey..Bila tah dia nak menamatkan zaman bujangnya. Bila teringat diorang, rasa nak berpatah balik ke zaman belajar dulu-dulu..indah sangat-sangat..Tapi masa tu memang takkan dapat berpatah balik..Jadi, aku harap remaja-remaja yang ada sekarang ni supaya menghargai masa remaja mereka. Jadikan zaman remaja itu sesuatu yang paling indah dalam hidup..